Selasa, 27 April 2010

Bali : Uluwatu

Kami sampai ke Uluwatu pada pukul 5.30 pm. Uluwatu terletak di bahagian selatan Pulau Bali. Dikatakan nama Uluwatu tersebut diambil berdasarkan perkataan "Ulu" yg bermaksud hujung dan "watu" bermaksud batu. yang mempunyai makna pura yang terletak di hujung batu. Di bali, penduduk sini memanggil temple dengan "pura". pelancong dinasihatkan tidak memakai barangan berharga seperti subang,cermin mata kerana banyak kera yang agak liar berkeliaran. kami sempat menyaksikan seekor kera mengambil dan bawa lari cermin mata hitam yang di pakai seorang pelancong jepun. yang lawaknya,ingatkan kera itu ambil nak buang tapi pakai kat mata dia! dekat sini la Tarian Kecak diadakan.. Menurut pemandu kami, kekadang
pelancong boleh mencecah hingga 800 orang di sini. Tarian bermula pada pukul 6.00 pm.Tarian Kecak tidak menggunakan sebarang alat muzik cuma para penari sekitar dalam 50-70 orang mengeluarkan bunyi
"cak,cak"..tarian ini mengisahkan tentang Ramayana, Dewi Sita dan Raja Rahwana. ( baca kertas yang diedarkan sebelum menyaksikan pertunjukan.kalau tidak,mesti tidak paham!! rugi nanti)
selepas menyaksikan persembahan, kami terus balik ke hotel. Bayaran untuk sewa 1/2 hari tu pun sama ngan hari sebelumnya..250,000 rupiah.

Bali : Tanah Lot

Pukul 12.30 tengahari, pemandu yang kami tempah untuk hari ini telah membawa kami ke Tanah Lot.
Perjalanan dari Kuta ke sini mengambil masa yang agak lama lebih kurang 2 jam. Pemandangan di sekitar Tanah Lot memang menakjubkan. Membuat saya mengkagumi keindahan semulajadinya.
Tapi kawasan nya agak panas. Better pakai topi @ payung..di sini ada temple yang terletak di atas sebuah batu yang besar yang terletak di gigi air.bila air pasang, temple itu seolah-olah berada di pulau kecil yang
terapung. berhampiran tempat temple ,terdapat batu besar yang menjadi tempat ular suci tinggal.dikatakan ular tersebut mengawal temple tersebut daripada kejadian yang tidak baik.

Bali : Pantai Kuta - Hard Rock Cafe - Monumen Pengeboman Bali




25/2/2010



Hari ke-3, pukul 10.30 am kami keluar ke Pantai Kuta. Tidak jauh sangat dari hotel. Waktu petang adalah masa yang paling ramai orang datang ke tempat ini. Tapi kami datang pagi, coz petang kami merancang pergi ke tempat lain...
Pantainya bersih dan lebar.Pantai kuta salah 1 tempat tumpuan pelancong yang sukakan aktiviti surfing. Kalu nak cuba surfing, ada papan diletakkan di sepanjang pantai untuk di sewa.Tapi ada yg kami jumpa pelancong asing di airport,bawa sendiri papan surfing mereka!!
sapa yang berminat nak buat lukisan inaidi tangan ataupun tatoo sementara pun ada.sambil lepak ambil angin boleh la buat...










Kami singgah di Hard Rock Cafe yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta. Di sini juga terletaknya Hard Rock Hotel Bali yang merupakan hotel Hard Rock pertama di bina di Asia!!







 
 
 
Di Jalan Legian, Kuta tidak jauh dari Pantai Kuta, pelancong boleh tengok Tugu Peringatan Pengeboman Bali (Monumen Tragedi Kemanusian). Tarikh 12 oktober 2002, berlaku nya peristiwa hitam yang mengorbankan hampir 200 orang. 164 rakyat asing dan 38 rakyat Indonesia. Majoritinya adalah warga asing. Tugu tersebut mencatatkan senarai nama mereka yang terkorban dalam tragedi tersebut.. kawasan yang ada kain rentang warna merah (dalam gambar) ialah bekas kawasan hotel yang kena bom. sekarang tempat tersebut jadi tempat park kereta sahaja..huhu.
Tugu tu di bina di seberang jalan depan tempat bom ni..

Khamis, 22 April 2010

Bali : denpasar - jimbaran




Monumen Perjuangan Rakyat Bali,Denpasar kami singgah sewaktu perjalanan menuju ke Jimbaran. dari jauh lagi kami dapat lihat bangunan berwarna
hitam yang unik dan cantik binaannya.Hanya sempat ambil gambar di depan
bangunan, nak masuk tengok muzium tapi tutup.mungkin sudah lepas waktu
pejabat. time kami sampai pun sudah pukul 4.25 pm. Monumen ini di bina
untuk memperingati pejuang-pejuang bali. menurut
pemandu kami, nama Ngurah Rai Airport diambil sempena salah seorang nama pejuang
bali ini..





kami sampai di Jimbaran pukul 5.20 pm. Di sini la tempat yang memang terkenal dengan seafood. Banyak kedai dibina sepanjang pantai mengadap laut. Sambil menjamu selera ,
boleh tengok matahari terbenam. Pemandangan waktu matahari terbenam memang sangat cantik.







Bali : ukiran kayu - pasar sukawati




Pukul 2.45 pm kami singgah sekejap di tempat ukiran kayu. Di sini boleh tengok kayu diukir bermacam bentuk. Binatang,bunga,patung dan barang hiasan. tulisan jawi seperti kalimah "assalamualaikum" turut ada di ukir.. kagum dengan buatan tangan mereka yang sangat halus d
an teliti.




Pak sanura membawa kami ke Pasar Sukawati. Pukul 3.10 pm. Menurut pemandu kami, orang malaysia suka datang ke sini. pakaian, cenderahati sesuai beli di sini untuk dibawa pulang untuk dihadiahkan pada saudara mara @ kawan-kawan . harga barang memang murah kalau pandai tawar. kebanyakan tempat di bali tiada tanda harga. so, peniaga di sini letak harga memang tinggi.jadi minta tawar, kalau tidak lebih baik beli di negara kita supaya tidak kena cekik darah huhu. hati-hati kerana mereka melihat dari mana asal kita...

Rabu, 21 April 2010

Bali : gunung batur-tegalalang

Selepas minum kopi, kami pergi ke kawasan tinggi di kintamani. kawasan ini agak sejuk dan boleh lihat sepanjang perjalanan,banyak sayur seperti
kobis,cili serta limau mandarin ditanam.

kami dibawa ke kedai makanan halal untuk makan tengahari sambil menikmati pemandangan Gunung Batur. Gunung batur adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Dikatakan di antara salah satu kawah gunung yang
terbesar dan terindah di dunia-wikipedia indonesia menurut van vammelen 1994.
Malangnya cuaca ketika kami sampai tidak berapa elok coz mahu
hujan.Nampak gelap walaupun baru pukul 12.30 tengahari..
Tapi still boleh nampak gunung dan tasiknya. Kalau cuaca elok pemandangan memang sangat cantik...

Kami tiba di Tegalalang pukul 1.55 pm. Dekat sini la tempat untuk tengok
rice terrace ataupun padi huma. pemandangan sangat menarik di sini. macam bentuk bertingkat yang seperti separuh lingkaran ubat nyamuk.. Kalau nak berenti makan sambil tengok pemandangan pun boleh di sini. kedai macam--macam ada di tepi jalan.

kami cuma berhenti sekejap untuk ambil gambar sebelum meneruskan perjalanan..

Bali : galeri seni lukis-ubut art market-kintamani

Seterusnya, pukul 10.00am kami di tiba di Galeri seni lukis, ubud, Bali. Sekumpulan pelukis duduk di lantai sambil tangan asyik melukis dan mewarna. Di dalam galery, tergantung pelbagai koleksi pelukis. Rabun mata nak pilih yang mana 1. Jika berminat membeli, cuba minta tawar.
Jika anda bernasib baik, harga mungkin dapat dikurangkan ;) minat sangat dengan 1 lukisan pemandangan di Tanah Lot,tapi harga mahal sangat. so ambil le yang lain...isk22






Kemudian, kami singgah di Ubud Art Market pukul 11.15am. Pelbagai barangan seperti ukiran kayu,beg tangan,cenderahati di hasilkan daripada sumber semulajadi ! sekiranya beli banyak boleh dapat diskaun..







Dari Ubud Art Market kami singgah minum kopi di kintamani. Kopi yang di hasilkan di sini adalah secara tradisional dan 100 % tulin tanpa campuran. Dekat sini la ada kopi luwak @ kopi musang !! kopi ini dihasilkan dari tahi musang....biji yang tidak hancur akan dikutip, dan
di basuh terlebih dahulu.kemudian di goreng dan ditumbuk untuk menghasilkan kopi...
siapa- siapa yang suka makanan exotic try la kalau berani..hehe..untuk pengetahuan semua kopi ini adalah kopi yang termahal di dunia.. harga di pasaran antarabangsa untuk 500g sahaja dijual hingga mencecah
RM2,298 (AS$600) - sumber berita harian 28 feb 2010.!!! .tapi kalau nak
cuba secawan boleh la.. harga 30,000 rupiah. menurut mereka,musang tersebut cuma memilih biji kopi yang baik sahaja untuk di makan dan tahi musang susah nak dapat. mungkin sebab itu mahal kot...huhu

Selasa, 20 April 2010

Bali-Celuk Village



Bali adalah salah satu kepulauan indonesia. Terletak di antara Pulau Jawa dan Lombok..Terkenal dengan kebudayaan, keindahan alam, kesenian serta penduduk yang ramah. 90% penduduk bali adalah beragama hindu.

23/2/2010

Bertolak dari Penang airport ke KLIA pada pukul 9.05am. Tiba di KLIA 10.00am. Kami jalan-jalan sekitar KLIA sementara menunggu penerbangan MAS seterusnya ke Bali pada pukul 12.25pm. Kami tiba di Bali Ngurah Rai Airport pada pukul 3.25pm. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Dari airport kami mengambil teksi ke Nathan hotel yang telah kami tempah sebelum datang ke Bali. Kami sampai di hotel lebih kurang pukul 5.00pm. Tambang 50000 rupiah...

Kami cuma rehat dan ambil angin sambil lepak di tepi kolam renang hotel. Selepas magrib baru kami keluar jalan-jalan sambil cari makan. Nasib baik hotel kami dekat dengan pekan Kuta.so baik jalan kaki sambil menjamu mata kedai-kedai yang ada di kiri kanan sepanjang perjalanan. malam 1st nak cari makan agak susah coz tak tahu tempat( masa ini tidak tahu lagi kfc,mc donald dan pizza disahkan halal.) Kami jumpa juga makanan halal kedai orang minang...tak jauh pun dari hotel cuma berada di tempat tersorok sikit. ( Ramai yang cakap pergi Bali susah nak dapat makanan halal, tapi bagi kami tak susah mana asalkan tinggal dekat town...) Lepas makan dan penat jalan, kami terus balik ke hotel.

24/2/2010


Pukul 8.30 am pemandu kereta sewa sampai seperti yang dijanjikan.
Kami di bawa oleh Pak Sanura ke tempat membuat kraftangan dari silver dan tiba di lokasi Celuk Village,Gianyar pada pukul 9.20am.lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuta.
Pelancong ditunjukkan setiap langkah untuk menghasilkan barangan silver.Pelbagai barangan daripada silver dijual dengan harga yang berpatutan. Barang kemas juga ada dijual dan harganya bergantung kepada seni ukiran..