Sabtu, 24 Mac 2012

Kampung Budaya Sarawak

Tempat yang mesti di lawati sekiranya datang ke Sarawak. Merupakan sebuah muzium hidup yang menempatkan pelbagai etnik masyarakat yang ada di Sarawak. Terletak di kaki Gunung Santubong dengan keluasan perkampungan tersebut  17 ekar. Gambar pintu masuk dibawah kredit to http://kenyalang.net/.(gambar pintu masuk saya punya tak cantik dan jelas).Disini juga tempat diadakan the World Harvest Festival dan the Rainforest World Music Festival


Pintu masuk

Yuran masuk untuk dewasa RM60, kanak-kanak RM30(6-12 tahun) untuk seorang. Masa untuk lihat Pertunjukan Kebudayaan ada 2: Pukul 11.30am-12.15pm dan 4.00pm-4.45pm setiap hari.



  • Rumah Panjang Bidayuh 

Jambatan Buluh untuk ke rumah panjang bidayuh
Rumah panjang bidayuh ,lantai dan dinding dibuat daripada buluh




keadaan dalam rumah panjang



Baruk ( tempat simpan tengkorak org jahat yang dipenggal)

bahagian dalam baruk





Pakaian Tradisional Lelaki



Khamis, 15 Mac 2012

SARAWAK

Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo. Dikenali sebagai 'bumi kenyalang'. Sarawak mempunyai lebih daripada 40 sub-kumpulan etnik, masing-masing dengan bahasa,budaya dan gaya hidup yang berbeza.
Secara umumnya, Sarawak mempunyai tujuh kumpulan etnik utama iaitu Iban, Cina,Melayu, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain '. Beberapa etnik lebih kecil yang tidak termasuk oleh mana-mana tujuh kumpulan etnik utama ialah Kedayan, Jawa,Bugis, Murut dan India.


Kuching Waterfront dan Sarawak River Cruise

Salah satu tempat menarik di Kuching. Terletak di Bazar Utama di sepanjang Sungai Sarawak. Terdapat banyak hotel, restoran, kedai cenderamata berhampiran dengan Kuching Waterfront ini. Disini juga boleh menaiki ferry untuk menyelusuri sungai sarawak sambil menikmati pemandangan di sekitar sungai.




Kek Lapis Dayang Salhah 

Salah satu kek lapis sarawak yang terkenal. Kek lapis sarawak memang cantik dan sedap. Kami sempat singgah ke tempat pembuatan kek lapis Dayang Salhah. Tak jauh dari waterfont, hanya menyeberangi sungai dengan perahu tambang (small ferry). Tambang pun cuma RM0.50 sehala kalau tak silap. Ambil masa lebih kurang 5 minit saja. Kalau nak mengunakan kereta pun boleh, tetapi kena pusing sangat jauh.


sample kek boleh cuba rasa





Laksa Sarawak, Mee Kolok, Tabaloi & Ayam Pansuh,

Ini antara makanan tempatan yang kami cuba. Memang sedap.Kalau datang sarawak mesti kena cuba rugi kalu tak rasa.

  • laksa sarawak: Ia mempunyai asas sambal belacan, asam masam, bawang putih, lengkuas, serai dan santan, ditambah lagi dengan hirisan omelet, kepingan ayam, udang, ketumbar segar.Bahan seperti taugeh, tauhu goreng atau makanan laut yang lain tidak tradisional tetapi kadang-kadang ditambah.

  •  mee kolok: Bahan utama adalah yee mee / mi sanggul, hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.
mee kolok yg ada garfu tu  ye..
  • tabaloi:  Ialah biskut daripada sagu dan kelapa parut. Merupakan makanan kaum melanau.(gambar bawah kredit to http://amihero.blogspot.com) saya lupa nak ambil gambar.



  • ayam pansuh ( chicken in bamboo):  Ayam pansuh merupakan masakan yang disediakan dengan daging ayam dimasak dalam buluh serta disumbat dengan air (yang kemudiannya akan menjadi sup),diletakkan perisa dan ditutup dengan pucuk ubi (kemudian boleh dimakan bersama ayam yang telah dimasak).rasa dia unik sikit.
nampak cam lemang kan...hehe 
banyak ..makan 2 org tak abis.
.