Isnin, 2 April 2012


  • Penan Hut
Kaum Penan hidup secara nomad iaitu berpindah randah di dalam hutan Borneo. Kebanyakan mereka tinggal di hutan berhampiran Limbang,Bintulu di dalam kawasan Ulu Baram. Kehidupan mereka untuk makanan, ubatan,pakaian sangat bergantung kepada sumber hutan.
Penan Hut


Tempat tinggal iaitu pondok dibina daripada kayu bulat @ buluh.Dibina hanya untuk bertahan beberapa minggu atau bulan. Selepas kehabisan sumber makanan di tempat tersebut, mereka akan berpindah mencari lokasi kediaman baru. Orang Penan sangat pandai membuat sumpit dan pakar mengunakannya.



Binaan yang ringkas




akan bersambung...

  • Rumah Panjang Iban
Dahulu dikenali sebagai 'dayak laut'. Membina penempatan rumah panjang dikawasan seperti di tebingan sungai. Keunikan rumah panjang Iban ialah dinding rumah dibina daripada kulit pokok! sangat menakjubkan. Manakala bumbung daripada daun nipah.Lantai pula saya tak ingat daripada apa. Saya ada ambil gambar. Seingat saya bukan buluh..(sila beritahu saya jika anda tahu ye).

dinding rumah tradisional dibina daripada kulit pokok
Lantai  tidak pasti dibina daripada apa
Pintu dan dinding daripada kulit kayu

Mengenai Iban

Kaum wanita iban terkenal dengan hasil kain tenunan yang dipanggil 'Pua Kumbu". Kain ini penting dalam kehidupan tradisional mereka untuk upacara kelahiran,kematian,penyembuhan dan pertanian.
Pua Kumbu
Bahagian dalam rumah panjang

Rumah panjang  yang lebih moden-daripada papan

daripada papan





seni ukiran

Pakaian tradisioanal lelaki