Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Kepulauan Borneo. Dikenali sebagai 'bumi kenyalang'. Sarawak mempunyai lebih daripada 40 sub-kumpulan etnik, masing-masing dengan bahasa,budaya dan gaya hidup yang berbeza.
Secara umumnya, Sarawak mempunyai tujuh kumpulan etnik utama iaitu Iban, Cina,Melayu, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain '. Beberapa etnik lebih kecil yang tidak termasuk oleh mana-mana tujuh kumpulan etnik utama ialah Kedayan, Jawa,Bugis, Murut dan India.
Kuching Waterfront dan Sarawak River Cruise
Salah satu tempat menarik di Kuching. Terletak di Bazar Utama di sepanjang Sungai Sarawak. Terdapat banyak hotel, restoran, kedai cenderamata berhampiran dengan Kuching Waterfront ini. Disini juga boleh menaiki ferry untuk menyelusuri sungai sarawak sambil menikmati pemandangan di sekitar sungai.
Kek Lapis Dayang Salhah
Salah satu kek lapis sarawak yang terkenal. Kek lapis sarawak memang cantik dan sedap. Kami sempat singgah ke tempat pembuatan kek lapis Dayang Salhah. Tak jauh dari waterfont, hanya menyeberangi sungai dengan perahu tambang (small ferry). Tambang pun cuma RM0.50 sehala kalau tak silap. Ambil masa lebih kurang 5 minit saja. Kalau nak mengunakan kereta pun boleh, tetapi kena pusing sangat jauh.
|
sample kek boleh cuba rasa |
Laksa Sarawak, Mee Kolok, Tabaloi & Ayam Pansuh,
Ini antara makanan tempatan yang kami cuba. Memang sedap.Kalau datang sarawak mesti kena cuba rugi kalu tak rasa.
- laksa sarawak: Ia mempunyai asas sambal belacan, asam masam, bawang putih, lengkuas, serai dan santan, ditambah lagi dengan hirisan omelet, kepingan ayam, udang, ketumbar segar.Bahan seperti taugeh, tauhu goreng atau makanan laut yang lain tidak tradisional tetapi kadang-kadang ditambah.
- mee kolok: Bahan utama adalah yee mee / mi sanggul, hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.
|
mee kolok yg ada garfu tu ye.. |
- tabaloi: Ialah biskut daripada sagu dan kelapa parut. Merupakan makanan kaum melanau.(gambar bawah kredit to http://amihero.blogspot.com) saya lupa nak ambil gambar.
- ayam pansuh ( chicken in bamboo): Ayam pansuh merupakan masakan yang disediakan dengan daging ayam dimasak dalam buluh serta disumbat dengan air (yang kemudiannya akan menjadi sup),diletakkan perisa dan ditutup dengan pucuk ubi (kemudian boleh dimakan bersama ayam yang telah dimasak).rasa dia unik sikit.
|
nampak cam lemang kan...hehe |
|
banyak ..makan 2 org tak abis. |
.