ada kolam air hangat dibina cantik kat sini. air dia suam-suam panas..boleh juga rendam kaki.. dekat sini ada dinding mural di bina menceritakan lagenda yang terjadi..tapi lupa pula hendak ambil gambar..coz singgah sekejap sahaja.
Pantai Pasir Hitam
Nak tengok pasir hitam , datang dekat sini. Pasir dia memang hitam pun..sepanjang pantai ini ada pasir hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan kandungan mineral dekat dalam dia. macam campuran granite ngn tourmaline, ilmenite dan zircon..rasanya tak ada apa yang menarik sangat di sini,cuma pasir hitam sahaja.selain ada gerai cenderahati macam dekat tempat lain juga...duduk sekejap sahaja. Sekurangnya, pernah juga tengok pasir hitam nanti menyesal pula. Alang-alang sudah sampai langkawi...