Pulau Langkawi terletak dalam negeri Kedah di utara semenanjung Malaysia. Ada 2 cara untuk sampai ke sini. Pertama melalui ferry. samaada naik di kuala kedah,di Kedah @ kuala perlis di Perlis. cara ke 2 , melalui kapal terbang.
Pantai Cenang terletak lebih kurang 25Km dari Kuah. Pantai yang bersih dan udara yang segar. Lokasi yang terkenal di kalangan pelancong untuk mandi @ aktiviti laut. Aktiviti laut itu seperti riding a Jet-Ski, banana boat, para sailing dan lain2 lagi. Kalau nak cari tempat tinggal, dekat sepanjang pantai ini pun banyak hotel @ motel. Harga sangat resonable. Lagi best kalau dapat hotel @ motel mengadap laut. Malam-malam tidur siap boleh dengar ombak lagi. kalau bangun pagi , buka pintu sahaja, sudah boleh nampak pantai dan laut. sambil angin tiup sepoi-sepoi bahasa..pastu boleh terjun terus dalam laut.hehe.. memang best ! Kalau malam dekat kawasan pantai cenang ini masih lagi happening. nak cari tempat makan pun senang..kalau tempat lain sudah jadi macam pekan mati. Di syorkan cari hotel area sini ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan