Khamis, 20 Januari 2011

Pulau Pangkor



Terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dalam negeri Perak. Terkenal dengan perkampungan nelayan,hasil laut dan keindahan pantai. Ada 2 cara nak ke pulau ni. Melalui ferry dan udara.

Sekitar pemandangan di Lumut Perak waktu malam. cantik juga..ini gambar Lumut Waterfront.



Pantai Teluk Batik

Terletak di Lumut. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika sgt menarik hati . Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak.



.








Dari Jetty Lumut ke Pulau Pangkor cuma mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bayaran tambang bagi Dewasa RM10 dan kanak RM6 untuk pergi balik.Tambang murah kerana tidak jauh pun. Dari jetty lumut dah boleh nampak pulau pangkor..

Kalau melalui udara, hanya Berjaya Air sahaja yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pangkor..

Sampai di  Jetty Pulau Pangkor,  kami ambil kereta sewa memandangkan bawa baby. agak mahal ,sewa 4 jam kena bayar RM70.., rasa tidak puas hati. Rasanya cuma ada seorang sahaja yang monopoli sewa kereta di situ, tauke cina..huhu.bila dah monopoli biasa la cekik darah. Coz ada 2 pilihan sahaja, naik teksi @ kereta sewa. Sewa motor pun ada, tapi bawa baby nanti kena panas kesian juga..

Kota Belanda




Kota ni dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan hasil bijih timah yg mereka ambil di Negeri Perak..Kota ni terletak kat Kampung Teluk Gedung..


Berhampiran kota ini ada di bina Rumah Perak. Baru aku tahu, bentuk Rumah Perak..walaupun aku sendiri orang Perak.betul ke tidak, tidak dapat  dipastikan.

Tidak jauh dari Kota Belanda, ada Batu Bersurat. Dikatakan menceritakan tentang kejadian seekor harimau menangkap anak seorang pembesar belanda.Malangnya ukiran tersebut tidak dijaga dengan baik tanpa sebarang penerangan sehingga mengelirukan samada ukiran sebenar ataupun gejala vandalisme..








Pantai Teluk Nipah

Deretan gerai makanan di sepanjang pantai. Macam tempat lain juga, jika minat aktiviti laut ada disediakan di sini (tidak ambik gambar).

Fui Li Kong Temple


Di sini boleh tengok Mini Great Wall of China.. jika hendak pergi Negara China, belum tentu boleh sampai... jadi lihat di sini sahaja..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wa cam best je g sana, plan nak g honeymon kat sana bln 12 ni...dari melaka ke pangkor 4-5 jam kan... ada pape tips tak nk ke sana?... mane lokasi penginapan yg ok n menarik kat sana?... terima kasih kerana berkongsi... :)

LaVenDeR berkata...

kalu nk stay plg best rasanya di Pangkor Laut Resort.tp hrga memg mhal sikit coz private island.kalu nk yg biasa byk je samaada di lumut @di p.pangkor.. Have a nice trip k;)

Unknown berkata...

hati nie nak sngat gi sana tp xtau cm ne. ada x tempat chalet bajet untuk sekeluarga.dekat ngan pantai.carapn nak tau jugak takut kena kencing lak

LaVenDeR berkata...

Byk je chalet bajet..try surf internet pastu tefon tnyala detail sblum booking.xpn g cr sendiri kt sana..

LaVenDeR berkata...

Byk je chalet bajet..try surf internet pastu tefon tnyala detail sblum booking.xpn g cr sendiri kt sana..

Catat Ulasan