Kami sampai ke Uluwatu pada pukul 5.30 pm. Uluwatu terletak di bahagian selatan Pulau Bali. Dikatakan nama Uluwatu tersebut diambil berdasarkan perkataan "Ulu" yg bermaksud hujung dan "watu" bermaksud batu. yang mempunyai makna pura yang terletak di hujung batu. Di bali, penduduk sini memanggil temple dengan "pura". pelancong dinasihatkan tidak memakai barangan berharga seperti subang,cermin mata kerana banyak kera yang agak liar berkeliaran. kami sempat menyaksikan seekor kera mengambil dan bawa lari cermin mata hitam yang di pakai seorang pelancong jepun. yang lawaknya,ingatkan kera itu ambil nak buang tapi pakai kat mata dia! dekat sini la Tarian Kecak diadakan.. Menurut pemandu kami, kekadang
pelancong boleh mencecah hingga 800 orang di sini. Tarian bermula pada pukul 6.00 pm.Tarian Kecak tidak menggunakan sebarang alat muzik cuma para penari sekitar dalam 50-70 orang mengeluarkan bunyi
"cak,cak"..tarian ini mengisahkan tentang Ramayana, Dewi Sita dan Raja Rahwana. ( baca kertas yang diedarkan sebelum menyaksikan pertunjukan.kalau tidak,mesti tidak paham!! rugi nanti) selepas menyaksikan persembahan, kami terus balik ke hotel. Bayaran untuk sewa 1/2 hari tu pun sama ngan hari sebelumnya..250,000 rupiah.
8 ulasan:
hi... nice vacation.. i baru plan nak ke Bali but still hv no time.. pls do come to my blog. kita tukar2 ceta...
thankss sudi tgk blog saya. nanti saya lawat blog awak k..
Limau bali ada jual tak kat sana?
nama tempat ja bali, tapi limau bali xda pun..
tanam kat ipoh kot.huhu.. diorang tanam limau mandarin lak da kat sana..
hye nice blog...hehe...nk tanya sket la..sy baru je booking ticket ke bali utk this coming januari..boleh x u bg suggestion tempat2 yg best utk pergi and nak stay kat mana...coz dkt sana nk g satu te,pat ke satu tempat cam jauh kan...thanks
byk tmpat menarik selain tempat yg I pegi dlm blog ni(TANAH LOT,ULUWATU plg I suka..kalu u suka tgk pmandgan kena g)stay lama leh la g byk tmpat..emm, menyelam tgk kapal karam di TULAMBEN,g DESA TRUNYAN kaw mayat letak kt bwh pokok je tp x brbau..kalu nk stay,pilih area kuta..kalu nak g jalan jauh, better sewa keta pemandu pelancong.(p/s jgn ambik teksi)..keta sewa byk nanti u smpai airport pn ramai org akn bg business card...enjoy ur trip :) kalu u nk pemandu pelancong I aritu emel I :anatasia_82@yahoo.com..dia leh bawa makan tmpt kdai halal,peramah,sewa pun murah dr sorg lg yg I sewa.
hai,sy nk tye,sy dah ade tiket...13julai 2011,dr m'sia 6.30 pm..blik 16 julai 2011... bleh bg cdgan tempat mana yg patut pergi coz waktu yg singkat
sorry lama x buka blog.rasanya kalu waktu sgt singkat, untuk knal 'Bali' sy syorkan:
1.tarian (kecak @ barungan)-sy tgk kecak
2.hasil seni n kretiviti sgt halus n teliti(ubut art market) - klu x silap.
3.pemandangan (tanah lot @ di tasik batur)-tasik batur xsmpat g :(
p/s: setakat tmpt mkn n shoping, kita boleh bli kat negara kita.nk kata murah kat bali x sgt coz kaw pelancong.Better enjoy n lihat apa yg x ada kat negara kita di sana. :)
Catat Ulasan