Selasa, 25 Mei 2010

Pulau Langkawi - Telaga Air Hangat,Pantai Pasir Hitam

Menurut lagenda telaga air hangat ini terjadi bila suatu masa dulu ada 2 buah keluarga yang bermusuh. Mereka melempar jug, pingan mangkuk kepada satu sama lain. Tapi salah 1 jug ,mengandungi air yang mendidih di baling dan tumpah ke tanah dan terjadilah air hangat di tempat tu... hehe betul ke tidak wallahualam. ikut kajian sains cakap lain la..
ada kolam air hangat dibina cantik kat sini. air dia suam-suam panas..boleh juga rendam kaki.. dekat sini ada dinding mural di bina menceritakan lagenda yang terjadi..tapi lupa pula hendak ambil gambar..coz singgah sekejap sahaja.




Pantai Pasir Hitam

Nak tengok pasir hitam , datang dekat sini. Pasir dia memang hitam pun..sepanjang pantai ini ada pasir hitam. Pasir hitam ini terjadi disebabkan  kandungan mineral dekat dalam dia. macam campuran granite ngn tourmaline, ilmenite dan zircon..rasanya tak ada apa yang menarik sangat di sini,cuma pasir hitam sahaja.selain ada gerai cenderahati macam dekat tempat lain juga...duduk sekejap sahaja. Sekurangnya, pernah juga tengok pasir hitam nanti menyesal pula.  Alang-alang sudah sampai langkawi...

Pulau Langkawi - Pulau Payar

Pulau Payar antara salah 1 dari 99 pulau yang ada di Langkawi. Pulau Payar adalah salah 1 marine park yang cantik di malaysia.. nama pun marine park, maka tempat ini masih lagi terjaga keindahan semulajadinya. dari jetty kuah ke sini dengan bot lebih kurang 1 jam perjalanan..agak jauh lebih kurang 19 batu nautika.
Di sini tempat jika nak snorkeling @ scuba diving...memang best lihat panorama dalam laut.. Tengok besarnya ikan kerapu melintas depan mata  ..ikan macam-macam ada.batu karang yang cantik.. tapi dilarang ambil .hanya boleh lihat.. teringin nak scuba.. huhu..lesen pun tak ada...kena belajar mahir berenang dulu baru berani kalau nak ambil lesen. selepas itu ada pertunjukan shark feeding...tak besar. takut juga nak berenang tapi tak makan orang. untuk lunch dah disediakn..bayar dalam package sekali RM160 untuk seorang...

Pulau Langkawi - Makam Mahsuri

Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri. Dikatakan Mahsuri yang tidak bersalah dibunuh kerana fitnah melakukan zina dan bila di hukum bunuh,darah putih mengalir keluar..Mahsuri sempat menyumpah pulau ini tidak akan aman dan makmur selama 7 keturunan. dan sumpahnya telah pun berakhir dan pulau ini semakin membangun. Disini terletaknya makam Mahsuri (tapi tak ambil pun gambar makam) Selain makam mahsuri , rumah tradisional melayu seperti Rumah Mahsuri,gerai cenderahati pun ada juga...

Pulau Langkawi - Cabel Car

Cabel Car ini terletak di Oriantal Village..jarak cabel car dari Base Station dekat bawah ke Top Station dekat puncak Gunung Matchincang dalam 2.2km.. ada 3 station semuanya. Station yang ke-2, paling best. Boleh pergi dekat pelantar, tapi kena menuruni bukit sikit.. turun best ja,nak daki balik naik atas dekat station memang penat . sampai mengah.. Pemandangan Pulau Langkawi dari atas cabel car memang menakjubkan..sangat cantik, kalau nasib baik, boleh nampak kepulauan Sumatera,Indonesia dan thailand dekat Top Station. Tapi masa kami pergi tak nampak. Kalau hujan @ cuaca tak baik, cabel car akan berhentikan operasi sehingga cuaca kembali baik..jadi nak pergi sana tengok hujan atau pun tidak. Jika tidak sia-sia sahaja kena tunggu cuaca baik baru boleh naik...

Pulau Langkawi - Underwaterworld Langkawi

Terletak tidak jauh dari Pantai Cenang. Boleh tengok banyak hidupan laut lebih 200 species ada dekat sini. boleh tengok penguin, singa laut ,arapaima dan banyak lagi. Terbahagi kepada beberapa sections seperti
freshwater,tropical forest,nature's gallery,seals,african penguins,wildlife gallery,3D theater,ocenarium dan lain-lain.bawa anak-anak mesti mereka suka dekat sini.
hendak masuk kena bayar agak mahal..dalam RM28 untuk dewasa , kanak RM18.

Isnin, 24 Mei 2010

Pulau Langkawi-Pantai Cenang

Pulau Langkawi terletak dalam negeri Kedah di utara semenanjung Malaysia. Ada 2 cara untuk sampai ke sini. Pertama melalui ferry. samaada naik di kuala kedah,di Kedah @ kuala perlis di Perlis. cara ke 2 , melalui kapal terbang.

Pantai Cenang













Pantai Cenang terletak lebih kurang 25Km dari Kuah. Pantai yang bersih dan udara yang segar. Lokasi yang terkenal di kalangan pelancong untuk mandi @ aktiviti laut. Aktiviti laut itu seperti riding a Jet-Ski, banana boat, para sailing dan lain2 lagi. Kalau nak cari tempat tinggal, dekat sepanjang pantai ini pun banyak hotel @ motel. Harga sangat resonable. Lagi best kalau dapat hotel @ motel mengadap laut. Malam-malam tidur siap boleh dengar ombak lagi. kalau bangun pagi , buka pintu sahaja, sudah boleh nampak pantai dan laut. sambil angin tiup sepoi-sepoi bahasa..pastu boleh terjun terus dalam laut.hehe.. memang best ! Kalau malam dekat kawasan pantai cenang ini  masih lagi happening. nak cari tempat makan pun senang..kalau tempat lain sudah jadi macam pekan mati. Di syorkan cari hotel area sini ..






Selasa, 27 April 2010

Bali : Uluwatu

Kami sampai ke Uluwatu pada pukul 5.30 pm. Uluwatu terletak di bahagian selatan Pulau Bali. Dikatakan nama Uluwatu tersebut diambil berdasarkan perkataan "Ulu" yg bermaksud hujung dan "watu" bermaksud batu. yang mempunyai makna pura yang terletak di hujung batu. Di bali, penduduk sini memanggil temple dengan "pura". pelancong dinasihatkan tidak memakai barangan berharga seperti subang,cermin mata kerana banyak kera yang agak liar berkeliaran. kami sempat menyaksikan seekor kera mengambil dan bawa lari cermin mata hitam yang di pakai seorang pelancong jepun. yang lawaknya,ingatkan kera itu ambil nak buang tapi pakai kat mata dia! dekat sini la Tarian Kecak diadakan.. Menurut pemandu kami, kekadang
pelancong boleh mencecah hingga 800 orang di sini. Tarian bermula pada pukul 6.00 pm.Tarian Kecak tidak menggunakan sebarang alat muzik cuma para penari sekitar dalam 50-70 orang mengeluarkan bunyi
"cak,cak"..tarian ini mengisahkan tentang Ramayana, Dewi Sita dan Raja Rahwana. ( baca kertas yang diedarkan sebelum menyaksikan pertunjukan.kalau tidak,mesti tidak paham!! rugi nanti)
selepas menyaksikan persembahan, kami terus balik ke hotel. Bayaran untuk sewa 1/2 hari tu pun sama ngan hari sebelumnya..250,000 rupiah.

Bali : Tanah Lot



Pukul 12.30 tengahari, pemandu yang kami tempah untuk hari ini telah membawa kami ke Tanah Lot.
Perjalanan dari Kuta ke sini mengambil masa yang agak lama lebih kurang 2 jam. Pemandangan di sekitar Tanah Lot memang menakjubkan. Membuat saya mengkagumi keindahan semulajadinya.
Tapi kawasan nya agak panas. Better pakai topi @ payung..di sini ada temple yang terletak di atas sebuah batu yang besar yang terletak di gigi air.bila air pasang, temple itu seolah-olah berada di pulau kecil yang
terapung. berhampiran tempat temple ,terdapat batu besar yang menjadi tempat ular suci tinggal.dikatakan ular tersebut mengawal temple tersebut daripada kejadian yang tidak baik.

Bali : Pantai Kuta - Hard Rock Cafe - Monumen Pengeboman Bali




25/2/2010



Hari ke-3, pukul 10.30 am kami keluar ke Pantai Kuta. Tidak jauh sangat dari hotel. Waktu petang adalah masa yang paling ramai orang datang ke tempat ini. Tapi kami datang pagi, coz petang kami merancang pergi ke tempat lain...
Pantainya bersih dan lebar.Pantai kuta salah 1 tempat tumpuan pelancong yang sukakan aktiviti surfing. Kalu nak cuba surfing, ada papan diletakkan di sepanjang pantai untuk di sewa.Tapi ada yg kami jumpa pelancong asing di airport,bawa sendiri papan surfing mereka!!
sapa yang berminat nak buat lukisan inaidi tangan ataupun tatoo sementara pun ada.sambil lepak ambil angin boleh la buat...










Kami singgah di Hard Rock Cafe yang terletak berhadapan dengan Pantai Kuta. Di sini juga terletaknya Hard Rock Hotel Bali yang merupakan hotel Hard Rock pertama di bina di Asia!!







 
 
 
Di Jalan Legian, Kuta tidak jauh dari Pantai Kuta, pelancong boleh tengok Tugu Peringatan Pengeboman Bali (Monumen Tragedi Kemanusian). Tarikh 12 oktober 2002, berlaku nya peristiwa hitam yang mengorbankan hampir 200 orang. 164 rakyat asing dan 38 rakyat Indonesia. Majoritinya adalah warga asing. Tugu tersebut mencatatkan senarai nama mereka yang terkorban dalam tragedi tersebut.. kawasan yang ada kain rentang warna merah (dalam gambar) ialah bekas kawasan hotel yang kena bom. sekarang tempat tersebut jadi tempat park kereta sahaja..huhu.
Tugu tu di bina di seberang jalan depan tempat bom ni..

Khamis, 22 April 2010

Bali : denpasar - jimbaran




Monumen Perjuangan Rakyat Bali,Denpasar kami singgah sewaktu perjalanan menuju ke Jimbaran. dari jauh lagi kami dapat lihat bangunan berwarna
hitam yang unik dan cantik binaannya.Hanya sempat ambil gambar di depan
bangunan, nak masuk tengok muzium tapi tutup.mungkin sudah lepas waktu
pejabat. time kami sampai pun sudah pukul 4.25 pm. Monumen ini di bina
untuk memperingati pejuang-pejuang bali. menurut
pemandu kami, nama Ngurah Rai Airport diambil sempena salah seorang nama pejuang
bali ini..





kami sampai di Jimbaran pukul 5.20 pm. Di sini la tempat yang memang terkenal dengan seafood. Banyak kedai dibina sepanjang pantai mengadap laut. Sambil menjamu selera ,
boleh tengok matahari terbenam. Pemandangan waktu matahari terbenam memang sangat cantik.







Bali : ukiran kayu - pasar sukawati




Pukul 2.45 pm kami singgah sekejap di tempat ukiran kayu. Di sini boleh tengok kayu diukir bermacam bentuk. Binatang,bunga,patung dan barang hiasan. tulisan jawi seperti kalimah "assalamualaikum" turut ada di ukir.. kagum dengan buatan tangan mereka yang sangat halus d
an teliti.




Pak sanura membawa kami ke Pasar Sukawati. Pukul 3.10 pm. Menurut pemandu kami, orang malaysia suka datang ke sini. pakaian, cenderahati sesuai beli di sini untuk dibawa pulang untuk dihadiahkan pada saudara mara @ kawan-kawan . harga barang memang murah kalau pandai tawar. kebanyakan tempat di bali tiada tanda harga. so, peniaga di sini letak harga memang tinggi.jadi minta tawar, kalau tidak lebih baik beli di negara kita supaya tidak kena cekik darah huhu. hati-hati kerana mereka melihat dari mana asal kita...

Rabu, 21 April 2010

Bali : gunung batur-tegalalang

Selepas minum kopi, kami pergi ke kawasan tinggi di kintamani. kawasan ini agak sejuk dan boleh lihat sepanjang perjalanan,banyak sayur seperti
kobis,cili serta limau mandarin ditanam.

kami dibawa ke kedai makanan halal untuk makan tengahari sambil menikmati pemandangan Gunung Batur. Gunung batur adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Dikatakan di antara salah satu kawah gunung yang
terbesar dan terindah di dunia-wikipedia indonesia menurut van vammelen 1994.
Malangnya cuaca ketika kami sampai tidak berapa elok coz mahu
hujan.Nampak gelap walaupun baru pukul 12.30 tengahari..
Tapi still boleh nampak gunung dan tasiknya. Kalau cuaca elok pemandangan memang sangat cantik...

Kami tiba di Tegalalang pukul 1.55 pm. Dekat sini la tempat untuk tengok
rice terrace ataupun padi huma. pemandangan sangat menarik di sini. macam bentuk bertingkat yang seperti separuh lingkaran ubat nyamuk.. Kalau nak berenti makan sambil tengok pemandangan pun boleh di sini. kedai macam--macam ada di tepi jalan.

kami cuma berhenti sekejap untuk ambil gambar sebelum meneruskan perjalanan..

Bali : galeri seni lukis-ubut art market-kintamani

Seterusnya, pukul 10.00am kami di tiba di Galeri seni lukis, ubud, Bali. Sekumpulan pelukis duduk di lantai sambil tangan asyik melukis dan mewarna. Di dalam galery, tergantung pelbagai koleksi pelukis. Rabun mata nak pilih yang mana 1. Jika berminat membeli, cuba minta tawar.
Jika anda bernasib baik, harga mungkin dapat dikurangkan ;) minat sangat dengan 1 lukisan pemandangan di Tanah Lot,tapi harga mahal sangat. so ambil le yang lain...isk22






Kemudian, kami singgah di Ubud Art Market pukul 11.15am. Pelbagai barangan seperti ukiran kayu,beg tangan,cenderahati di hasilkan daripada sumber semulajadi ! sekiranya beli banyak boleh dapat diskaun..







Dari Ubud Art Market kami singgah minum kopi di kintamani. Kopi yang di hasilkan di sini adalah secara tradisional dan 100 % tulin tanpa campuran. Dekat sini la ada kopi luwak @ kopi musang !! kopi ini dihasilkan dari tahi musang....biji yang tidak hancur akan dikutip, dan
di basuh terlebih dahulu.kemudian di goreng dan ditumbuk untuk menghasilkan kopi...
siapa- siapa yang suka makanan exotic try la kalau berani..hehe..untuk pengetahuan semua kopi ini adalah kopi yang termahal di dunia.. harga di pasaran antarabangsa untuk 500g sahaja dijual hingga mencecah
RM2,298 (AS$600) - sumber berita harian 28 feb 2010.!!! .tapi kalau nak
cuba secawan boleh la.. harga 30,000 rupiah. menurut mereka,musang tersebut cuma memilih biji kopi yang baik sahaja untuk di makan dan tahi musang susah nak dapat. mungkin sebab itu mahal kot...huhu