Khamis, 22 April 2010

Bali : ukiran kayu - pasar sukawati




Pukul 2.45 pm kami singgah sekejap di tempat ukiran kayu. Di sini boleh tengok kayu diukir bermacam bentuk. Binatang,bunga,patung dan barang hiasan. tulisan jawi seperti kalimah "assalamualaikum" turut ada di ukir.. kagum dengan buatan tangan mereka yang sangat halus d
an teliti.




Pak sanura membawa kami ke Pasar Sukawati. Pukul 3.10 pm. Menurut pemandu kami, orang malaysia suka datang ke sini. pakaian, cenderahati sesuai beli di sini untuk dibawa pulang untuk dihadiahkan pada saudara mara @ kawan-kawan . harga barang memang murah kalau pandai tawar. kebanyakan tempat di bali tiada tanda harga. so, peniaga di sini letak harga memang tinggi.jadi minta tawar, kalau tidak lebih baik beli di negara kita supaya tidak kena cekik darah huhu. hati-hati kerana mereka melihat dari mana asal kita...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan