Selasa, 27 April 2010

Bali : Tanah Lot

Pukul 12.30 tengahari, pemandu yang kami tempah untuk hari ini telah membawa kami ke Tanah Lot.
Perjalanan dari Kuta ke sini mengambil masa yang agak lama lebih kurang 2 jam. Pemandangan di sekitar Tanah Lot memang menakjubkan. Membuat saya mengkagumi keindahan semulajadinya.
Tapi kawasan nya agak panas. Better pakai topi @ payung..di sini ada temple yang terletak di atas sebuah batu yang besar yang terletak di gigi air.bila air pasang, temple itu seolah-olah berada di pulau kecil yang
terapung. berhampiran tempat temple ,terdapat batu besar yang menjadi tempat ular suci tinggal.dikatakan ular tersebut mengawal temple tersebut daripada kejadian yang tidak baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan