Rabu, 21 April 2010

Bali : gunung batur-tegalalang

Selepas minum kopi, kami pergi ke kawasan tinggi di kintamani. kawasan ini agak sejuk dan boleh lihat sepanjang perjalanan,banyak sayur seperti
kobis,cili serta limau mandarin ditanam.

kami dibawa ke kedai makanan halal untuk makan tengahari sambil menikmati pemandangan Gunung Batur. Gunung batur adalah gunung berapi yang masih lagi aktif. Dikatakan di antara salah satu kawah gunung yang
terbesar dan terindah di dunia-wikipedia indonesia menurut van vammelen 1994.
Malangnya cuaca ketika kami sampai tidak berapa elok coz mahu
hujan.Nampak gelap walaupun baru pukul 12.30 tengahari..
Tapi still boleh nampak gunung dan tasiknya. Kalau cuaca elok pemandangan memang sangat cantik...

Kami tiba di Tegalalang pukul 1.55 pm. Dekat sini la tempat untuk tengok
rice terrace ataupun padi huma. pemandangan sangat menarik di sini. macam bentuk bertingkat yang seperti separuh lingkaran ubat nyamuk.. Kalau nak berenti makan sambil tengok pemandangan pun boleh di sini. kedai macam--macam ada di tepi jalan.

kami cuma berhenti sekejap untuk ambil gambar sebelum meneruskan perjalanan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan